Jagalah auratmu wahai kaum Hawa :)
Tuesday 11 June 2013 • 01:34 • 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

        Lama giler2 tak update blog yang tersayang ni*sambil bersihkan sikit sesawang*. Almaklum la, sejak jadi student ni banyak sangat benda yang nak kena buat *mata ke atas tangan di bahu.haha*. Assignment and homework bagai. So, untuk hari ini nak buat entry sentuh sikit je la pasal aurat. sikit je kot, malas nak cakap banyak2 since semua orang dah "aware" dengan benda ni kan. Tapi masih banyak yang buat tak tahu atau pandang isu aurat ni sebagai benda remeh temeh je. 
         
         Kalau tengok dunia sekarang ni, dah makin tenat saya tengok. Tak payah tengok jauh2 la, tengok dalam Malaysia je dah la. Jalan mane2 ade je nampak orang islam yang dengan bangga nye dedah aurat sana sini. Tak ade perasaan malu walaupun sedikit, astaghfirullah al-azim! sedih tengok orang islam sekarang.Ingat ni Hollywood ke ape.ish3. 
         Sampai ada suatu ketika, senior saya cerita dia terjumpa dengan seorang pelajar yang kalau di lihat kita tahu dia islam, tapi zahirnya langsung tidak menggambarkan yang dia sebenarnya islam, so dia p dekat gadis tu dan tanya "Adik ni islam ke?" dengan niat nak menegur cara pemakaian kalau benar dia islam la. Lalu dengan yakin dia berkata "saya bukan islam". Tapi sebenarnya dia adalah islam. bagaimana senior tersebut tahu? kawan budak tu cakap "Dia ni islam bang" Astaghfirullah al-azim! :'( sampai macam tu sekali ya Allah..tak terkata dia di buatnye. Tenat remaja2 zaman sekarang. Tenat dengan kecetekan ilmu agama. Mana peranan ibu bapa di sini? mana dia peranan masyarakat atau saudara seislam di sini? Saya tinggalkan persoalan itu untuk awak2 di luar sane la ye..

          Bila cakap soal aurat, macam2 alasan yang akan keluarkan..perasan tak?. Antara alasan2 yang agak famous jugak lah di kalangan remaja ni "Nantilah", "Panaslah", "Belum dapat hidayah lagi". Astaghfirullah...adik2 dan sahabat2 yang di kasihi.. tipu la kita jika kita cakap hidayah tu tak sampai lagi, sedangkan hidayah itu sudah sampai pada kita beribu tahun sebelum ini lagi.Jelas sangat dalam Al-Quran surah Al-Ahzab ayat 59 :

Maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah istri2 mu dan anak2 perempuan mu  serta perempuan2 beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar). Cara yang demkian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik2 maka dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah maha Pengampun lagi maha Mengasihani".

     Jelas tak ayat tu adik2 dan sahabat2 sekalian? Tutup aurat tu tak bawak kemudratan pada kamu pun, maka jelas dalam ayat tu supaya kamu dikenali sebagai perempuan yang baik2 dan supaya kamu tidak diganggu.So, bagi yang tak tutup aurat tu kira korang tak nak jadi orang yang baik2 and rela di ganggu oleh lelaki2 yang agak mata keranjang jugak la. Korang ni tak tahu sebenarnya istimewanya wanita itu sehinggakan Allah menurunkan ayat itu untuk menjaga kaum2 hawa semua.

       Nak tanye ni..sayang ayah tak? sayang tak? kalau sayang tutuplah aurat anda tu. Kalau anda tidak tutup aurat2 anda, maka anda dengan bangga nya mengheret ayah anda sekali ke dalam neraka . Ya Allah..kita ni jadi anak biarlah jadi anak yang berguna untuk mak ayah dunia dan akhirat bukan jadi anak yang menghancurkan. Faham point kat situ?? Mungkin kita ni tak mampu nak belikan mak ayah rumah, kereta harga juta2, melancong setiap masa, tapi apa salahnye kalau kita bagi kesenangan kat mereka dengan tutup aurat kita mampu menutup pintu neraka buat mereka terutamanya ayah. Insyallah kalau tutup aurat itu diikuti dengan amalan yang baik2, terbuka lah pintu syurga untuk mereka. 

         Dan mungkin ya ada yang cakap "Eh, aku mampu nak belikan mak ayah aku rumah ape, mampu bagi mereka kemewahan..so nak ape lagi?" Ye sayang..awak mampu berikan kebahagian dan kemewahan di dunia tapi adakah semua itu mampu menjamin untuk yang di akhirat kelak? Nak bagi mak ayah kesenangan biar untuk dunia dan akhirat. Tak susah nak tutup aurat ni..senang je. lagi2 benda ni beri kebaikan pada diri sendiri jugak kan. Ketahuilah wanita dirimu umpama permata yang tak ternilai harganya. 
          Betul, mungkin susah nak istiqamah. mula2 pakai rase panas. Leceh lah nak tutup sana tutup sini. Baju besar2 macam takde size laen je, takde style la. Memang2..saya tak nafikan tu. Tapi saya selalu ingat ayah cakap, kat dunia ni pakai la mengikut suruhan Allah usaha kejar syurgaNya, bila dapat masuk syurgaNya nanti awak nak mintak kat Allah pakai baju yang fashion paling latest pun Allah bagi. Nak gelang emas penuh satu tangan pun haa...ambikla. Sebab Islam itu memang sifatnya memberi ganjaran, baik mahupun yang buruk. Kita pilihlah nak yang baik kat dunia dan akhirat ke yang nak buruk kat dunia dan akhirat. Haa...pilih2.

         Eh! terpanjang pulak entry ni. Kalau nak cakap soal aurat ni, memang sampai bulan depan pun tak kan habis awak tau..so, akhir kata saya dari saya *amboi skema ayat syah* , suatu "ibadah itu memang sifat awalannya keterpaksaan, tapi dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemui hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas keranaNya". Insyaallah~~ ^_^

Yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu,haa..datang dari diri saya sendiri yang serba kekurangan ni. Ighfirni a'laa kulli khilaff..may Allah bless all muslim richly.

            



OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamualaikum . welcome to Anon Land . Aisyah Humairah . 20 . Engaged. Love green. Do enjoy read and read my simple blog. And before leave dont forget to follow.Ighfirni a'laa kulli khilaf~ May Allah bless you all richly ^_^.

Chating here ♥
Leave your footprint here





Awesome people ♥
friends

Thanks for following ♥

Credits ♥

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name